MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

TERKINI DARI PPD MERSING

Ahad, 12 Oktober 2008

LAMAN WEB SK TELUK LIPAT

PENGUMUMAN PENTING.....
Unit ICT SK Teluk Lipat telah melancarkan Laman Web Rasmi SK Teluk Lipat pada 8 Oktober 2008. Laman web tersebut masih lagi diperingkat pembinaan. Oleh itu segala kemudahan dan aplikasi pada blog ini sedang dipindahkan ke laman web tersebut. Terima kasih diucapan kepada pengunjung Blog SK Teluk Lipat selama ini yang tidak putus-putus memberi komen dan cadangan.
Diharap dengan adanya Laman Web Rasmi SK Teluk Lipat akan sedikit sebanyak akan membantu anda mendapatkan informasi-informasi pendidikan terkini di dalam dunia internet tanpa sempadan ini.
SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB www.SKTELUKLIPAT.com
-Blogmaster ke Webmaster-

Rabu, 8 Oktober 2008

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Tarikh:
10 OKTOBER 2008
Hari :
JUMAAT
Tempat :
DI KELAS MASING-MASING.
Catatan :
SEMUA GURU DAN MURID-MURID DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU RAYA (BAJU KEBANGSAAN)

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir batin...................


Sumber: www.zaharuddin.net

Jumaat, 26 September 2008

Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 – 2010 (Fasa 2)

Maklumat dan Prosedur

Keterangan:
Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 – 2010 (Fasa 2)


Tuan/Puan,

Mesyuarat Khas PPSMI yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 31 Disember 2007 telah memutuskan penyelidikan dan penilaian PPSMI hendaklah dijalankan secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan menengah. Sehubungan dengan itu, satu pasukan petugas yang dianggotai oleh bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah ditubuhkan untuk menjalankan Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 – 2010. Tujuan program adalah untuk menilai pelaksanaan, mencadangkan penambahbaikan dan memacu kemajuan bagi memantapkan dasar PPSMI.

Program ini melibatkan pengutipan data melalui soal selidik Pengetua/Guru Besar dan semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal. Pengutipan data dilaksanakan sebanyak dua kali setahun, iaitu pada minggu ketiga April dan minggu ketiga Oktober, bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2010.

Tuan/Puan dikehendaki membuat tindakan susulan berdasarkan item soal selidik sebelum penilaian seterusnya.
Tuan/Puan adalah dipohon untuk menjawab SEMUA item yang terkandung dalam soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penambahbaikan program PPSMI.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang soal selidik ini, sila hubungi pegawai pasukan petugas yang disenaraikan di helaian terakhir soal selidik ini. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia

Putrajaya

Borang



1. Borang soal selidik guru

Muat Turun :(769.47 KB)



2. Borang soal selidik Guru Besar / Pengetua

Muat Turun : 559.16 KB)



3. Pelan Tindakan Fasa 2

Muat Turun :(25.67 KB)



4. Template Data Sekolah

Muat Turun : (76.84 KB)

Rabu, 24 September 2008

SALAM AIDIL FITRI 2008



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA, SEMOGA LEBARAN KALI INI AKAN MEMBERI SERIBU MAKNA UNTUK DIRI ANDA. BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG MASING-MASING. INGATLAH KELUARGA TERSAYANG ANDA DAN MAMPU MENGUBAHNYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA WARGA SK TELUK LIPAT. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

-BlogMaster-

130 PPD NAIK PANGKAT

Lebih 130 pegawai pendidikan daerah (PPD) di seluruh negara dinaikkan pangkat kepada gred DG52 bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di bawah penyeliaan mereka.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini telah meningkatkan skim perkhidmatan semua PPD daripada pangkat DG44 dan DG48 kepada DG52 iaitu setaraf dengan gred pengetua sekolah.

Katanya, kenaikan skim perkhidmatan ini akan membolehkan mereka memiliki kuasa pentadbiran lebih berkesan terhadap pengetua-pengetua sekolah di bawah seliaan mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bubur lambuk anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan UMNO Kampung Masjid Tok Ku di sini hari ini.

Razali berkata, kementerian juga sedang mengkaji masalah guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian di sekolah-sekolah sehingga mengganggu tumpuan mereka terhadap pembelajaran dalam kelas ekoran kekurangan kakitangan sokongan.

Menurutnya, kementerian akan meminta JPA supaya meluluskan lebih banyak staf-staf sokongan terutama kerani supaya guru-guru berkenaan tidak lagi perlu melakukan kerja-kerja perkeranian.

Sebenarnya ujar beliau, JPA pada tahun ini sahaja telah meluluskan pelantikan kira-kira 8,000 staf sokongan untuk sekolah-sekolah namun ia masih belum mencukupi.

Sumber : Bernama

Selasa, 23 September 2008

BERTUAH


Ahad, 21 September 2008

MASALAH UCAPAN SALAM

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'

Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye' contoh lerr..

Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye'

Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

---------------------------------------------------------------
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'

Maksud singkatan ' A'kum'


Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'..

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

p/s : kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.... wassalam-

Jumaat, 19 September 2008

MPV PROTON PERTAMA

protonmpv,  Image Hosting
(PANDANGAN DEPAN)

protonmpv,  Image Hosting
(PANDANGAN SISI)

protonmpv,  Image Hosting
(PANDANGAN BELAKANG)

SISTEM PEMANTAUAN SEKOLAH dBLAT

Sistem Pemantauan Sekolah (dBLAT) - Muaturun
2008-09-19

Berikut dilampirkan Sistem Pemantauan Sekolah Akhir dan Awal Tahun (dBLAT) bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan sekolah. Sila muaturun kandungan tersebut.


Muat Turun
Surat Makluman
649.96 KB

Muat Turun
manual dBLAT
234.49 KB

Muat Turun
Sistem dBLAT
969.11 KB



Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

 
Portal Rasmi SK Teluk Lipat © 2007 DESIGN BY CGZACK@BLOGMASTERKOMUNITI KDPM MPKTBR