KG. TENGLU 16 Ogos - Teacher Noorainee Bt. Md. Salleh telah menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilih hatinya yang bernama Mohd Norazmishah Bin Hussinal Fakkri. Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjid Kg. Tenglu, Mersing. Tepat Jam 11.00 pagi, suaminya telah selamat melafazkan akad terima nikah. Dengan itu termeterailah perjanjian hidup bersama sebagai suami dan isteri antara mereka berdua.
Pada 17 Ogos 2008 bertempat dikediaman Teacher Ainee, telah berlangsung majlis persandingan bagi kedua mempelai. Waga SK Teluk Lipat mendoakan kepada Teacher Ainee dan pasangannya berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga cepat memperoleh cahaya mata.

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT, AMIN...

0 ulasan:
Catat Ulasan