JOHAN TARIAN RAMPAI KREATIF PERINGKAT DAERAH
Mersing, 7 Ogos 2008, Prasekolah SK Teluk Lipat telah menyertai "Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Mersing 2008'. Karnival tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Intan Mersing. Pasukan Prasekolah SK Teluk Lipat telah menyertai acara "Tarian Rampai Kreatif" yang diwakili oleh 8 orang murid prasekolah.
Dengan berkat usaha jurutari iaitu Pn. Norfarah Zuliza Bt. Md. Yunus dan Pn. Nurhafidzah Bt. Harun pasukan Prasekolah SK Teluk Lipat telah mendapat "Johan" dalam acara "Tarian Rampai Kreatif". Dengan kejayaan ini, pasukan Prasekolah SK Teluk Lipat akan mewakili Daerah Mersing ke Karnival Pendidikan Pra Sekolah Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
1 ulasan:
Syabas kepada Sekolah ini dan usaha kedua dua puan puan jurutari. Semoga berjaya keperingkat seterusnya dengan imput lebih kreatif dan original.
Catat Ulasan