TERKINI DARI PPD MERSING
Isnin, 8 September 2008
MINGGU PERTAMA
KEPADA MURID TAHUN 6 UPSR HAMPIR TIBA. KUATKAN AZAM, TANAMKAN KEJAYAAN DALAM DIRI ANDA SEMUA NESCAYA GERBANG KEJAYAAN SENTIASA MENANTI ANDA DENGAN SENYUMAN MANIS MEMANGGIL-MANGGIL NAMA KAMU SAMBIL TANGANNYA MELAMBAI-LAMBAT KE ARAHMU..
KAMU BERHAK UNTUK BERJAYA!!!!!!!!
BERDOA KEPADA YANG ESA…..MOHON AMPUN DARI IBU BAPA DAN GURU..KAMU PASTI BERJAYA
=================================================
PEMBAHAGIAN PUASA MENGIKUT TINGKATAN
Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepasa 3 jenis iaitu ;
1. Puasa Umum iaitu puasa kebanyakkan orang Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut dari makan, minum dan sebagainya.
2. Puasa Istimewa ( Puasa Khusus ) iaitu puasa yang dapat menahan diri daripada perkara-perkara di atas, disamping memlihara mata, telinga. Lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa.
3. Puasa paling isItimewa ( Puasa Khusus al-Khusus ) iaitu tingkatan puasa yang merangkumi kedua-dua perkara di atas (1) & (2) disempurnakan pula dengan puasa hati dari semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa yang tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah yang lain
=================================================
APA YANG KITA PERLU TAHU KAWAN-KAWAN ....
Sembahyang solat Tarawih adalah sunat muakkadah bagi lelaki dan perempuan. Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin sentiasa melakukannya dan disunatkan secara berjemaah. Bilangan solat Tarawih sentiasa menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat. Ia boleh dilakukan sebanyak lapan rakaat atau 20 rakaat. Rasullullah SAW melakukan lapan rakaat di masjid secara berjemaah dan menyempurnakan bersendirian di rumah. Jumlah solat Tarawih sebanyak 20 rakaat secara berjemaah di masjid pula adalah mengikut apa yang ditetapkan oleh Saidina Umar R.A ketika beliau menjadi khalifah. Ini berikutan masyarakat Islam pada waktu itu mengabaikan solat Tarawih yang dilakukan dirumah. Penetapan ini untuk menggalakkan masyarakat Islam melakukan ibadat sunat pada bulan mulia ini. Oleh yang demikian solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat adalah memadai dan digalakkan melakukannya sebanyak 20 rakkat secara berjemaah atau bersendirian. Wassalm
=================================================
Peringatan !!!!!!!
Perkara- perkara makruh dilakukan ketika berpuasa ialah bersuntik, berbekam, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi yang berlebihan begitu juga merasa makanan di hujung lidah
=================================================
MINGGU PERTAMA
September 2008
©Penyelaras Badan Dakwah S.K.T.L
Dicatat oleh CgZack@BlogMaster di 1:21 PTG
Label: BULETIN RAMADHAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan